Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Friday, October 28, 2011

Ini Jalan Pejuangku






Telah ku kembara bumi ini,
Melalui pembacaan dan juga jasadku,
Telah aku lihat pembangunan,
Tak kurang juga kerosakan yang melata,
Aku duduk, tunduk dan berfikir,
Bahawa semua ini perlukan islah dan tajdid,
Yang sesuai, sepadan dengan peredaran masa.

Kemenangan lalu,
Mana mungkin ia menggunakan pendekatan yang sama daripada kemenangan sebelumnya,
Ya, mungkin asas formulanya sama,
Tapi pendekatan mereka jauh berbeza,
Itu yang menjadi kunci kejayaan mereka.

Dan bagi aku,
Seorang insan kerdil yang penuh dengan cita,
Ingin melihat dunia ini aman sentosa,
Aku menongkah segala arus perdana,
Hanya untuk tajdid pemikiran yang sangat pesimis ini,
Sehingga ada yang mula berburuk sangka padaku.

Tapi tak mengapa,
Tiap perjuangan perlukan pengorbanan,
Dan aku rela untuk aku menjadi korbannya.




Mana mungkin kau katakan bahawa mereka fasiq,
Sedang aku melihat mereka menyampaikan kebaikan.

Mana mungkin kau katakan mereka khawarij,
Sedang aku melihat mereka menyatukan saf muslimin.

Mana mungkin kau katakan mereka mubtadi',
Sedangkan aku melihat mereka menangis dalam tahajjud mereka.





Hanya kerana mereka tak mengetahui,
Tak dijaga jalan ilmunya seperti mana Allah menjaga jalan ilmu mu,
Itu bukan tiket untuk kau menghukum rata mereka semua.

Kerna mereka punyai aset yang kau tak punya,
Maka hanya dengan setitis ilmu,
Kelak mereka bisa jadi manusia lebih berguna daripadamu.

Mungkin bagi setengah pihak,
Mereka lebih suka untuk berlepas diri,
Keluar dan pergi jauh fari kotoran ini,
Cuba memulihkan barah dan virus ini dari luar,
Tapi bagi aku, kotoran yang ku gauli ini,
Kelak ia menjadi bukti mujadahku.


Dengan sinar harapan yang selalu ku bisikkan ini,
Aku yakin dan pasti,
Generasi seterusnya kelak,
Akan menikmati manisnya hasil usaha ku ini.




-Abu Ridha, Menongkah Arus Tajdid, 0814am, Mahallah Ali, UIAM

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB