Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

My Blog

Alhamdulillah...

Syukur pada Allah yang Maha Esa kerana memberi peluang dan ruang untuk menginfaqkan sedikit masa saya untuk membawa risalah Baginda Nabi, Muhammad s.a.w. ke dalam platform yang baru(bagi diri saya) ini... Sememangnya beban dakwah digalas oleh setiap muslim tak kira samada dia adalah dari golongan professional, pelajar, pekerja persendirian, pemimpin, sehinggalah pada golongan ahli agama...semuanya WAJIB memainkan peranan masing-masing...

Bergerak dalam arus modenisasi ini, semestinya para da'ie perlu lebih kreatif dan kritis dalam menyampaikan dakwah masing-masing... Menyedari hal ini, saya menyahut cabaran untuk menyelami 'dunia' setiap kelompok manusia agar saya dapat memahami dan mencari solusi daripada sekadar menghukum dan mengata...

Dalam pengembaraan mencari ilham dan pendirian, saya melalui pelbagai blog yang mempunyai konsep yang tersendiri... Ada di kalangan mereka yang menjadikan blog sebagai diari peribadi sehingga soal perasaannya pun dikongsi ramai... Ada pula yang menjadikan blog sebagai medium professional untuk berniaga dan memberi perkhidmatan... Ada pula yang menjadikan blog sebagai media alternatif termasuklah laman hiburan, artis dan untuk bergosip...

Menyedari betapa besarnya risiko masuk ke 'dunia' ini, saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan agar saya tidak 'hanyut' serta melanggar syariat... Setelah puas survey, meminta pendapat dan sebagainya, saya buat keputusan untuk mula serius dalam wadah ini...

...BLOG INI BUKAN BERKAITAN TENTANG 'ISLAM ADALAH SEGALA-GALANYA',TAPI IA ADALAH TENTANG 'SEGALA-GALANYA BERHUBUNG-KAIT DENGAN ISLAM'...
Saya menjadikan ungkapan ini sebagai perkenalan ringkas serta konsep utama untuk blog saya ini... Mungkin ia agak mengelirukan, tapi cukup untuk buat kita berfikir... konsep 'Islam adalah segala-galanya' telah membawa salah faham yang banyak pada masyarakat... Mungkin pada asalnya, mereka yang melafazkan ini berniat baik dan mempunyai kefahaman yang dalam... Tapi setelah ia diwarisi dari generasi ke generasi, interpretasi serta implimentasi-nya mempunyai sedikit kepincangan...

Sebagai contoh, pada peringkat bawahan, terdapat golongan yang menolak penggunaan microphone dalam berkhutbah kerana menganggapnya bid'ah(perkara yang tak dibuat oleh Rasulullah)... Golongan ini menggunakan konsep 'Islam adalah segalanya' dengan menghadkan Islam itu hanya pada perkara yang pernah Baginda lakukan sahaja...

Hasil daripada fikrah(pemikiran) seperti ini, akhirnya muslim yang dilanda arus modenisasi menggunakan pula konsep secular yang mengasingkan agama dengan urusan duniawi... Antara yang dilakukan golongan ini adalah dengan mengasingkan urusan pentadbiran dan perniagaan sebagai urusan duniawi, manakala urusan ibadah seperti solat dikira sebagai urusan agama...

Hasilnya, mereka meninggalkan syariat dalam urusan pentadbiran, perniagaan, pelajaran dan hubungan sosial... Dan mula merujuk kepada agama apabila hendak mengaji, solat, pengurusan jenazah dan sebagainya... Akhirnya umat menjadi rosak : pentadbiran dipenuhi rasuah, perniagaan dicemari riba, pelajaran mengetepikan agama, dan hubungan sosial tiada batasan lagi sehingga berpegang tangan(bukan mahram) dianggap biasa dan bukan 1 kesalahan...

Maka usaha-usaha pembaikan mula rancak dilakukan... Termasuklah 'gerakan' blog ini... Agar manusia seluruhnya tahu bahawa : tak salah makan makanan barat, tak salah ada peralatan canggih, tak salah kalau urusan pentadbiran(politik) di bawa ke masjid, tak salah nak dengar music sebagai penghibur hati, tak salah kalau ustaz jadi 'artis', tak salah kalau nak kawin ramai, dan sebagainya... TAPI 'semuanya itu berhubung-kait  dengan Islam' dan perlu merujuk pada syariat dan mematuhinya dengan KETAT...

Semoga dengan syarah(penerangan) ringkas ini, dapat memberi gambaran yang jelas kepada tetamu sekalian tentang konsep blog ini... Insya-Allah, anda akan memahaminya dengan lebih mendalam semasa 'melalui' post yang terdapat dalam blog ini...

Akhir kalam, semoga blog ini dapat terus memberi manfaat serta pandangan baru bagi setiap tetamu yang bertandang...

"...ya Allah, tunjukkan dan tetapkanlah kami di jalan yang benar...dan pimpinlah kami dengan hidayah-Mu sekiranya kami terpesong..." 
 

©2009 Syahadah | by TNB