Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Friday, October 28, 2011

Ini Jalan Pejuangku






Telah ku kembara bumi ini,
Melalui pembacaan dan juga jasadku,
Telah aku lihat pembangunan,
Tak kurang juga kerosakan yang melata,
Aku duduk, tunduk dan berfikir,
Bahawa semua ini perlukan islah dan tajdid,
Yang sesuai, sepadan dengan peredaran masa.

Kemenangan lalu,
Mana mungkin ia menggunakan pendekatan yang sama daripada kemenangan sebelumnya,
Ya, mungkin asas formulanya sama,
Tapi pendekatan mereka jauh berbeza,
Itu yang menjadi kunci kejayaan mereka.

Dan bagi aku,
Seorang insan kerdil yang penuh dengan cita,
Ingin melihat dunia ini aman sentosa,
Aku menongkah segala arus perdana,
Hanya untuk tajdid pemikiran yang sangat pesimis ini,
Sehingga ada yang mula berburuk sangka padaku.

Tapi tak mengapa,
Tiap perjuangan perlukan pengorbanan,
Dan aku rela untuk aku menjadi korbannya.




Mana mungkin kau katakan bahawa mereka fasiq,
Sedang aku melihat mereka menyampaikan kebaikan.

Mana mungkin kau katakan mereka khawarij,
Sedang aku melihat mereka menyatukan saf muslimin.

Mana mungkin kau katakan mereka mubtadi',
Sedangkan aku melihat mereka menangis dalam tahajjud mereka.



Wednesday, August 03, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 07







...sambungan




"Alhamdulillah, dah 2 tahun"

"Ha?Dah 2 tahun? Kiranya time aku pergi Afrika hari tu lah? Asal tak bagitahu aku pun?"

"Aku dah invite kau kat Facabook la. Nak contact kau personal tak tahu cara lain dah"

"Ma'a asafis syadid(maaf sangat-sangat) lah akhi. Aku tak online sangat kat sana. Kalau online pun buka e-mel je. Kau pun tahu lah pendirian aku dengan FB ni. So, akhawat kita ke?"

"Hehe.. Aisyah"

"Aisyah? Masa matrik dulu tu?"

"Taklah. Aisyah junior masa sekolah menengah aku dulu. Aku pernah cerita pada kau kan"

"Oh.. Orang awam. Kenapa ya akhi?"

"Jujurnya aku sendiri keliru antara 2 Aisyah dulu. Tapi 1 hari Aisyah yang sekarang ni isteri aku datang mengadu. Katanya dia baru putus cinta dengan kekasihnya. Setelah begitu panjang ceritanya, aku buat keputusan untuk hentikan kesedihannya. Kau tahu jela aku, jenis tak suka dengar saja-saja tanpa menyelesaikannya"

"Jadi?"

"Jadi aku terus lamar dia. Kami memang dah kenal lama & dia memang selesa dengan aku. Tanpa fikir panjang, dia pun terima. Hehe.."

"Amboi sukanya dia. Patut la berseri-seri kau sekarang!"

"Hehe.. Kau ni soal-soal orang. Kau tu bila lagi Syahir? Ke dah bawa balik orang Afrika? Hm?"

"Aish kau ni! Memang suka kan kenakan aku. Aku munfaridun(single) lagi lah"

"Aku kagum lah dengan kau ni. Kuat travel. Bertugas jauh-jauh. Kau tak rasa sunyi ke bila penat?"

"Phew! Kau ingat aku ni apa? Robocop? Mesti la sunyi syeikh. Kadang-kadang tu down betul. Tapi siapalah nak orang macam kita ni... Eh, dah tak boleh guna kita... Siapalah nak orang macam aku ni.. Hehe.."

"Macam kita? Kau masih dengan pendirian lama ke?"

"Taklah. Bagi aku it doesn't matter anymore samada dia tu dalam medan tarbiyyah atau tak. Yang pastinya semua perempuan mengharapkan kita memberi. Kalau ada perempuan yang berjiwa memberi lebih daripada berharap, tu seorang isteri yang berjiwa suamilah! Hehe.."

"And?"

"And bagitahu aku, lelaki mana yang disentuh tarbiyyah, tapi dia tak merasa sifat memberi yang sangat tinggi untuk isterinya?"

"Okay, so?"

"Hmm.. Kau bagitahu aku macam-mana seorang isteri mampu faham andai si suami perlu balik lewat pada kebanyakan malam? Sungguh, aku taknak seksa dia walaupun dia kata dia faham. Sebab bagi aku, kahwin bukan untuk kita ambil sesuatu daripada dia. Tapi untuk kita beri sesuatu kepada dia"

"Jadi kau nak cakap nikah tu adalah atas dasar kasih sayang, bukan rasa tanggungjawab?"

"Tak. Ia kedua-duanya sekali. Tapi pastinya sayang itu lebih besar daripada tanggungjawab. Sebab tanggungjawab akan membatasi tindakan kita pada keperluan sahaja. Tapi cinta meluaskan tindakan kita pada kemahuan. Andai perkahwinan itu dibina kerna tanggungjawab, pastinya cukup bagi kita sebagai suami untuk lakukan ma'ruf pada isteri dalam tempoh nikah sahaja. Tapi berapa ramai dalam kalangan umat Islam yang apabila dia menceraikan isteri, dia ceraikan dengan ma'ruf?




Thursday, July 28, 2011

"saya bukan b'dendam..saya cuma tak dapat maafkan awak"



Saya fikir setiap daripada kita pastinya tak terlepas samada menjadi pihak yang melakukan kesalahan atau pihak yang menjadi mangsa kesalahan orang lain. Bagi saya sendiri perkara ini sangat penting kerana ia boleh diheret sampai ke mahkamah akhirat. Sebab itulah dalam sistem perundangan Islam terdapat 1 bab yang dinamakan sebagai mubahalah & sumpah li'an. Sistem ini digunakan apabila satu-satu kes itu tak dapat diputuskan oleh mahkamah dunia, yang mana Islam akhirnya memberi 1 solusi iaitu membawanya ke mahkamah akhirat yang pada ketika itu Allah Rabbul Jalil, Pencipta & Raja Sekalian Alam yang tiada 1 maklumat pun terlepas daripada penyaksianNya bakal menghukum kita.

Mungkin kita yang membaca maqalah ini sudah cukup kesedarannya tentang perihal pentingnya isu ini. Tapi tak dapat dinafikan, masih ramai di luar sana yang memandang enteng & sewenag-wenangnya melakukan kesalahan pada orang lain. Antara penyebabnya adalah kerana ceteknya ilmu agama & ditambah pula dengan salah faham disebabkan proses penerimaan ilmu yang tak berkualiti samada hasil dari kelemahan penyampai mahupun kelemahan si penuntut ilmu.

Dalam kesempatan kali ini saya sekadar mahu memperbahaskan beberapa bahagian daripada bab/isu ini. Kita akan lihat isu ini dalam lingkungan perbahasan Islam & juga perbahasan di luarnya.


1.Apa maksud maaf & apa bezanya dengan dendam?

Dalam penulisan saya pada label 'FENOMENA' ini, saya takkan merujuk banyak buku. Tambahan pula dalam keadaan saya menumpang di rumah orang ni, kelengkapannya sangat terhad. Jadi kebanyakan input maqalah datangnya daripada buah fikiran saya sendiri.

Baiklah, maaf bermaksud berlapang dada. Kita tak merasakan sebarang kesakitan apabila telah melalui fasa memaafkan. Dalam kata lain, kalau dada kita masih terasa sempit walaupun sudah melafazkan kata maaf, tu tandanya kita masih belum dapat memaafkan. Sebab tu ada pepatah Inggeris : "I can forgive you, but never forget".

Ada setengah orang dia mampu memaafkan & melupakan. Tapi segolongan yang lain pula hanya mampu memaafkan, tapi sukar untuk melupakan. Andai isu ini berlaku, apa penilaian yang tepat? Insya-Allah akan diulas dalam persoalan seterusnya kelak.




Selesai pentakrifan maaf. Ok sekarang apa pula bezanya dengan dendam? Dendam merujuk pada satu proses yang memakan masa, yang tak semestinya membabitkan kesalahan. Contohnya masa sekolah kecil-kecil dulu, kita pernah bawa handphone. Tiba-tiba ada seorang pengawas nampak & rampas. Akhirnya kita pun berdendam dengan dia. Kalau kita nak nilai situasi ni, pengawas tu tak bersalah pun. Tapi disebabkan rasa tak puas hati, maka kita pun berdendam. Dalam kes ni, berdosa tak si pengawas kalau tak minta maaf? Juga kita akan lihat dibawah nanti.

Pun begitu, disebabkan dendam ni adalah 1 proses, tak mustahil juga ia merebak pada perkara-perkara yang menjadi kesalahan. Contohnya seorang isteri yang selingkuh belakang suaminya. Apabila terbongkar, si suami bertindak menceraikan si isteri. Tapi setelah sekian lama memerhatikan si isteri berbahagia dengan lelaki tersebut, maka perasaan si suami yang pada mulanya tidak memaafkan, akhirnya bertukar menjadi dendam, lalu membunuh si lelaki & bekas isterinya. Ha! Dari sini juga kita dapat takrifkan bahawa dendam itu berkait rapat dengan pembalasan. Sebab tu ungkapan Melayu selalu cantumkan 'balas dendam' walaupun tak semua yang berdendam mampu untuk balas.




2.Apa pandangan Islam tentang dendam & kemaafan?

Ada beberapa orang yang tak berpuas hati datang bertemu saya. Katanya: "Kenapa Islam selalu anjur untuk memaafkan? Di mana keadilan bagi orang-orang yang teraniaya? Kata Islam tu adil?!"

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0 - Manakan Sama yang Membaca, Bercakap & Merasa







Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Penyayang..

Aku tahu sebelum aku menulis coretan ini, aku berhadapan dengan pelbagai golongan yang tidak bersetuju dengan BERSIH. Namun untuk setiap persoalan serta penghujjahan yang bakal dilemparkan pada aku setelah pembacaan perkongsian ini, bakal aku jawab dengan 1 jawapan iaitu: "manakan sama yang membaca, bercakap, & yang merasa".

Kisah aku bermula pada 1 malam ketika mahu pulang daripada selesai mengadakan program bedah video sirah Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba sebelum aku memulas minyak motosikal, ada seorang adik menghampiri & bertanya, "Apa pandangan abang tentang BERSIH? Betul ke tindakan mereka?". Mengenali peribadinya yang masih belum punyai pengetahuan serta pendirian yang kukuh, lalu aku dengan bersahaja menjawab: "Ah! Pedulikan semua tu. Kita buat je kerja kita ya dik? Jangan jadi orang yang semangat, tapi salah cara. Jangan pula jadi orang yang tahu cara, tapi tiada komitmen". Lalu ku pulas minyak motor & berlalu. Di kejauhan aku lihat wajahnya tersenyum kebingungan.

Sungguh aku sendiri pun tidak punya pendirian yang kukuh. Dalam perjalan yang mengambil masa sejam untuk sampai ke rumah tumpanganku, sepanjang jalan aku cuba singkapi semua artikel/maqalah yang telah aku baca tentang BERSIH. Sama ada yang ilmiah/tidak, semuanya ada hujjah masing-masing. Aku tapis bahan-bahan tersebut pada yang ilmiah sahaja agar keputusanku esok adalah keputusan yang tepat & berasas.

Bila diingat-ingat balik, kebanyakan maqalah ilmiah lebih cenderung membantah BERSIH. Malah ada dalam kalangan mereka yang mencadangkan idea-idea yang BERNAS. Tiba-tiba, sedang aku syok berfikir merantasi embun pagi (pukul 1 pagi di atas lebuh raya), aku memotong 5 truck polis yang membawa anggotanya masuk ke KL. Dalam hati terdetik: "Esok nak berperang ke?"..Sampai sahaja di rumah, aku terlantar keletihan. Sememangnya badan terasa lesu & tak bermaya malam tu sampaikan aku tertidur selepas Magrib. Lantas aku melayan rasa mengantuk sambil berbisik dalam hati: "Kalau aku rajin, aku turunlah esok. Kalau tak, takdelah".

Keesokkan paginya beberapa SMS masuk. Minta aku turun bertugas. Tanpa dirancang, hati yang bermalas-malasan ini dikalahkan oleh kaki yang bergerak dengan sendirinya untuk bersiap-siap. Aku bawa pengikat kepala BERSIH serta baju debatku yang berwarna kuning bersama. Tapi aku sendiri hanya pakai kemeja kotak-kotak seperti orang mahu dating dulu-dulu.

Jam menunjukkan 1230 tengah hari. Keputusan masih belum dibuat. Lalu sahabat-sahabatku yang telah thabat(tetap pendirian) memulakan langkah. Perencanaan Allah memaksa aku ikut sekali lantaran aku antara yang punyai motosikal yang elok untuk dibonceng bersama.

Kami pergi beramai-ramai & terpecah pada 3 kumpulan disebabkan sekatan polis merata-rata tempat. Setelah meronda sana-sini, tiba-tiba kami terserempak dengan sekumpulan orang ramai yang sudah memulakan perarakan tapi dalam bilangan yang sangat kecil. Lebih kurang 400 orang sahaja. Kami terus meronda lagi. Sekali sekala kelihatan muslimat bertudung labuh & berniqab di jalanan. Hatiku berbisik: "Berani betul serikandi-serikandi ni. Moga Allah memelihara antunna semua. Aminn." Sehinggalah kami nampak di lorong hadapan kami ada perarakan sebanyak 1700 orang laju melangkah dengan bendera Sarawak. Masya-Allah, aku merasa betul-betul gerun melihat fenomena itu dengan mata sendiri.

Akhirnya kami buat keputusan untuk bergabung. Aku cari tempat yang paling selamat untuk Lucy aku berehat & bersedia beraksi andai berlaku kekecohan nanti. Kami menghampiri perhimpunan yang betul-betul berada dihadapan ibu pejabat Maybank. Aku duduk di bahagian belakang sekali melihat orang ramai bersorak: "bangkit-bangkit..KEADILAN!..hancur-hancur..KEZALIMAN!". Aku hanya berdiam, cuba untuk menyesuaikan diri sambil cuba untuk mengikut batas syarak dalam keadaan darurat sebegini.




Tiba-tiba sekumpulan FRU berada tidak jauh di belakang aku. Dan tidak semena-mena, seluruh perhimpunan berpusing arah & menjadikan aku yang pada asalnya duduk dibelakang sekali, kini berada di barisan paling hadapan untuk berdepan dengan FRU. Dalam hati aku berkata: "adess, tadi elok-elok duk belakang, sekarang jadi front-liner! Mampos la aku, dah la takde pengalaman langsung!". Kawan aku tergelak je tengok muka aku yang kebingungan. Mungkin dia ingat aku cuak. Tapi sungguh, sikit pun tak. Aku cuma taknak perhimpunan ni hilang kawalan diprovok oleh FRU. Bodoh lah kita kalau kita termakan umpan mereka nanti!

DDUUUSSSSSSS...!!!!

Tuesday, May 31, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 06


...sambungan


Kini kedua-dua Aisyah berada di bawah pengawasan Iskandar selaku supervisor di syarikat tersebut. Namun keperluan syarikat memerlukan Iskandar untuk meletakkan mereka di jabatan yang berbeza...


"Iskandar.. kau ni bila agaknya nak kahwin? Kau lebih tahu tentang hukum daripada mak ni ha.. Harta dah ada, tapi hati tak terjaga.. Tak elok lama-lama nak.."

"Hem.. bukan taknak mak.. Memang betul semua dah cukup.. Tapi ni soal berada di antara 2 pilihan.. Pilihan hati & pilihan majoriti.. Bukan mudah mak.."

"Iskandar.. Mak tahu kamu tak pernah lekang fikirkan maslahah(kebaikan) umum.. Tapi untuk diri kau sendiri? Bukan ke kahwin tu untuk ketenangan hati?"

...

Iskandar terkedu mendengar kata-kata ibunya.. Iskandar setelah mendapat hidayah Islam, hidupnya sehari-harian diwakafkan untuk agama & umat tercinta ini.. Hatta dalam membuat keputusan permaisuri hati..

Dalam keadaan yang tersepit ini, Iskandar perlukan Aisyah yang telah ditarbiyyah untuk memudahkan aktiviti dakwahnya. Kerna seorang wanita yang tak punya pengalaman dalam medan dakwah, pastinya mudah merungut kelak.

Tapi dalam masa yang sama, tautan hatinya untuk Aisyah yang dia pendam perasaan sejak sekolah lagi juga sangat diperlukan. Soal hati & cinta, ia datang tanpa dirancang, tiba tanpa diduga. Siapalah yang mampu menafikan semua ni.

Maka tinggallah di benak hati Iskandar 1 persoalan yang kebanyakan manusia malahan ustaz pun tidak mampu menjawab dengan tepat.


adakah perkahwinan itu satu perasaan atau tanggungjawab?

Thursday, February 24, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 05





...sambungan




Seminggu berlalu, bertepatan dengan tempoh masa yang Iskandar minta, akhirnya dia tampil dengan 1 jawapan..

"Em..ana dah fikir masak-masak.. Cuma ana harap, semua dapat hormati keputusan ana ni.."

"Insya-Allah akhi, tiada perkahwinan paksa dalam Islam. Abang sedia dengar jawapan anta."

"Hem..ana fikir, eloklah kita lihat dahulu keadaan di sana bagaimana. Andai kata memang mendesak, setelah setahun, kami akan pulang & pada ketika tu, ana sedia terima Aisyah sebagai isteri. Tapi ni hukum bersyarat, harap abang faham."

"Em.. Ok.. Abang faham maksud anta.. Abang setuju & abang hormat.."


...


5 tahun berlalu.. Dan kini Iskandar pulang dengan segulung ijazah.. Tiba sahaja di Malaysia, Iskandar mendapat pelawaan daripada pelbagai syarikat lantaran daripada keputusan pelajarannya yang cemerlang..

Setelah setahun bekerja, akhirnya Iskandar dilantik sebagai salah seorang panel temuduga untuk penapisan pekerja baru. Tiba-tiba, dalam suatu sesi temuduga, dia bertemu dengan Aisyah yang ketika itu hadir sebagai calon pekerja baru.

"Assalamua'alaikum..."

"Wa'alaikum...assalam...Aisyah?

"Abang?!"

"Ya Salaam.. Tak sangka kita jumpa di sini.. Duduk-duduk!.. Besar panjang dah kamu.. Apa khabar?"

"Baik bang.. Tak sangka abang kerja di sini.. Balik tak bagitahu kita pun kan.. Sampai hati."

"Hehe.. Dah-dah.. Sini bukan tempat nak ambil hati ok.. So, nak duduk posisi mana ni?"

"Eh, abang tak temuduga saya dulu ke?"

"Alah kamu ni, tak perlu la skema sangat.. Abang kenal kamu dari dulu, dan sampai sekarang, sijil-sijil kamu masih menunjukkan rekod yang baik.. So kira burn la ni.. Hehe.."

"Wah, kalau macam tu saya nak duduk posisi yang dekat-dekat dengan abang la dulu. Nanti dah biasa, saya apply jabatan lain"

"Amboi-amboi, laju je dia.. Dah la buat orang tempat persinggahan je. Ok lah. Settle! Tapi tolong panggil next person"

Selesai giliran Aisyah,

Monday, February 14, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 04



...sambungan


"Eee.. apa abang Is ni! Geli la Aisyah.. Abang tu kena sedar yang abang tu 1 habuk pun tak tahu pasal Islam. Nak cara masalah gejala wanita, lagi lah! Dah la.. Takde pe nak ajar dah kan.. Aisyah balik dulu!"


"Eyleh.. Abang pun tak hengen lah! Abang gurau je.. Prinsip tetap prinsip!.. Hurm.. Yup.. Takde apa dah.. Balik lah.."




...

2 tahun berlalu & Iskandar telah pun tamat sekolah & menyambung pengajian persediaan ke luar negara. Dalam masa yang sama, Iskandar terus mengikut halaqah ilmu yang juga merupakan medium tarbiyyah beliau dalam membaiki akhlak serta menambah pengetahuan beliau tentang Islam.

Melihat perkembangan ahli halaqah yang sudah pun mampu berkahwin, maka ketua halaqah atau juga dipanggil murabbi yang membawa maksud pentarbiyyah, membawa 1 tajuk berkenaan perkahwinan dalam Islam. Maka berbungalah setiap hati ahli halaqah. Mana ada lelaki yang tak teringin untuk kahwin kan? Tambahan pula mereka ni semua dari sudut pergaulannya sangat sangat terjaga. Tiada langsung aktiviti bersama muslimat.

Selesai halaqah, kawan Is pun terus bercanda dengan Is..

"Aih, bila dah keluar tajuk kahwin ni, rasa macam ada yang nak buat kenduri dah.. Anta tahu kan yang jemaah kita ni ada keanggotaan muslimat? Ramai senior kita yang dah dikahwinkan dengan mereka.. Dengar cerita yang batch kita ni ramai yang cantik-cantik.. Hehe.."

"Akhi, apa tujuan anta cerita semua ni pada ana?"

"Yelah, antakan nak fly dah.. Dalam masa yang sama, ada seorang je muslimat yang akan fly ke tempat yang sama macam anta.. Duk jauh ni, susah nak jaga iman akhi.. Hehe.."

"Cukup! Anta jangan buat perkara ni main-main. Anta ingin ana masuk dalam jemaah ni nak cari jodoh ke?! Ana masuk kerna iman & tiada lain daripada tu! Kalaupun memang benar ada muslimat yang akan ke sana bersama ana, ana yakin gerakan muslimat di sana dah cukup kuat untuk jaga keselamatan satu sama lain di sana! Ismahuu li!(izinkan saya lalu)"

Entah apa lah yang buat Iskandar berang begitu sekali. Sedangkan apa yang diperkatakan kawannya itu ada benarnya.

Seminggu kemudian murabbinya ajak bertemu di sebuah warung. Katanya ada perkara penting untuk di bincangkan.


"Hayakallah(kata sambutan dalam bahasa Arab Haramain).. Jemput duduk akhi.. Anta sihat?"

"Syukran.. Sihat bang.. Apa perkara yang penting sangat abang nak bincangkan tu?"

"Hehe.. Anta ni.. Gelojoh sangat lah.. Order lah dulu.. Panjang ceritanya ni.."

"Hehe.. Abang ni.. Bukan pe, nak confirm kan je yang kali ni abang yang belanja.. Tu yang nak dengar tuh"

"Alahai.. budak sponsor pun nak suruh orang belanja.. Yelah-yalah.. Em.. Cemana dengan tiket & urusan perjalanan semua.. Dah settle?"

"Alhamdulillah bang.. semua ok.. Doa-doalah takde halangan & mehnah.."

"Insya-Allah.. Em macam ni.. Abang terus terang jelah.. Sebenarnya ada muslimat ingin melamar anta"

Tersedak Iskandar yang ketika itu sedang membuat sedutan pertama..

Thursday, February 03, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 03




"Oi Is! terbaiklah ko punya presentation tadi..animated tu!"

"Haha.. Thats my new invention! Pas ni aku ajar korang.."

...

"Em.. Abang Is.. Boleh tak ajar Aisyah sekali??"

"Eh.. Terkejut saya.. em.. Nanti free saya ajar kamu k.. Mungkin lepas sekolah"

...


Yup, Iskandar bukanlah seorang lelaki yang suka melayan perempuan. Dia juga bukanlah jejaka hot di sekolahnya. Tapi dia seorang yang mahir dalam teknologi maklumat. Dia tak glamour, tapi dia adalah aset penting sekolah yang menjadi tempat rujukan ramai.

Menjadi seorang senior memberikan Iskandar 1001 pengalaman. Namun pengalaman yang paling dia benci adalah apabila berlaku korupsi dalam badan kepimpinan pelajar apabila ramai lelaki-lelaki glamour menggunakan jawatan masing-masing untuk diminati ramai perempuan!

Lantaran itu Iskandar, melalui pengaruhnya cuba untuk mewujudkan 1 geng yang sangat cintakan ilmu & teknologi dalam masa yang sama kurang cakna mengenai perempuan. Maka terhasil lah kumpulan Iskandar yang dahulunya pernah bertembung dengan muslimat bertudung labuh. Mereka ini sangat kaya & mempunyai gadjet yang up-to-date.

Namun menjadi seorang yang expert pastinya menjanjikan peminat yang ramai. Untuk itu Iskandar selalu buat kelas tambahan bagi mengelakkan pembelajaran secara personal, lagi-lagi apabila membabitkan perempuan.




Adapun begitu, setiap skill yang dia ajarkan, pasti ada seorang budak perempuan yang bernama Aisyah yang akan menunjukkan hasil kreativitinya pada Iskandar melalui e-mel.

Sampailah 1 ketika berlaku perbualan antara mereka:

"Kenapa abang

Friday, January 28, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 02



...sambungan

Melihat orang ramai yang berpusu masuk, Iskandar pun dengan tak semena-mena, turut serta. Dia mengikut arus jemaah yang pergi ke tempat wuduk, lalu ke dewan solat. Sepanjang solatnya, dia hanya ta'jub dengan keindahan masjid tersebut. Sehinggalah dia selesai solat & jemaah pun beransur pulang, baru lah dia kembali berfikir tentang kejadian tadi. Sambil meninjau-ninjau keadaan masjid untuk mencari 1 idea, tiba-tiba dia terlihat 1 barisan yang tidak bertindih membentuk 1 bulatan yang sangat tersusun. Melihat gelagat ahli kumpulan tersebut yang terkadang tersenyum, dia tertarik untuk turut serta.

Setibanya dia pada kumpulan itu, tiba-tiba 'ketua' mereka memberi isyarat pada ahli, lalu dibuka ruang untuk dia duduk. Rupa-rupanya ia merupakan halaqah ilmu. Dia sempat mendengar pembentangan berkenaan hadis & kisah para sahabat yang dibentangkan oleh ahli halaqah itu sendiri.

"Mus'ab B. Umair merupakan sahabat pemuda yang dimanjakan & hidup dalam keadaan sangat mewah ketika jahiliahnya"..begitulah sedikit sebanyak penyampaian yang sempat didengar oleh Iskandar. Selesa sesi pembentangan, 'ketua' kumpulan pun bertanya kalau-kalau ada yang ingin mengajukan permasalahan.

Lalu Iskandar, secara automatiknya mengangkat tangan. "Ustaz, saya ada persoalan. Tadi saya tengah beratur di ATM. Ada 8 orang perampuan depan saya. Tapi tiba-tiba mereka bagi saya 'potong'".

"Semua mereka bagi kamu potong?"

"Ya! Semua sekali!"

"Hurm..bila kejadian ni berlaku?"

"Semasa masjid ni azan tadi ustaz"

"Owh..hehe..sebelum jawab soalan tu, sebenarnya saya ni bukan ustaz. Adik boleh panggil saya abang. Nanti kita ta'aruf selepas ni ye?..em.. yang lain ad nak bagi pandangan tak?"

"Ta'aruf? Apa tu?". Hati Iskandar tertanya-tanya. Tapi dia lebih fokus untuk dengar jawapan ahli-ahli kumpulan itu.




Malangnya dia seorang pun daripada ahli kumpulan itu yang ingin menjawab. Yang ada hanyalah gurauan kecil "mungkin perempuan tu minat kat kamu kot?..hehe..". Iskandar hanya tersenyum sebab dia sebanarnya betul-betul bingung dengan tindakan perempuan itu.

Lalu ketua kumpulan tu pun bersuara, "Sebenarnya tindakan yang muslimat itu lakukan adalah hasil daripada kefahaman Islam yang jelas. Dia tahu bahwa azan telah berkumandang, & dia juga tahu bahwa tuntutan solat berjema'aah atas laki-laki itu jauh lebih tinggi daripada wanita. Kerna itulah dia mendahulukan kamu. Dia mahu kamu solat berjama'ah".

"!@#$^%&".. Iskandar tersentak!! Mustahil baginya tujuan perempuan itu adalah untuk kebaikan dirinya dan umat Islam. Mustahil kerna mereka langsung tak kenal satu sama lain. Mustahil ada orang dalam dunia ni yang begitu prihatin soal ibadah orang lain! Yang Iskandar tahu agama & urusan dunia adalah perkara yang berasingan. Sedangkan ibu bapanya sendiri pun tak menhiraukan ibadahnya. Cikgu sekolahnya sendiri pun tak pernah mengajak dia solat jema'ah selepas kelas tambahan. Hatta kawan-kawannya yang agak alim pun. Tapi ini seorang perempuan yang tak pernah muncul dalam hidup dia!


...

Akhirnya halaqah itu diakhiri dengan bacaan doa & Iskandar pun bergerak pulang.

Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan Iskandar yang sebenar. Kenapa dia seolah tiada rasa sayang/seolah tak menghiraukan perempuan tersebut? Kenapa dia berani untuk menyertai halaqah ilmu itu sedangkan kehidupan dia seolah tidak cocok dengan gaya hidup jemaah masjid?

Episod seterusnya akan menyingkap kehidupan sebenar Iskandar & pendirian beliau bekenaan dengan perempuan.

Selamat membaca ^_^

Bersambung...

Karya Asli: Abu Ridha Asy-syahadah

Thursday, January 27, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 01



Kisah ini berkisar tentang seorang jejaka yang dahulunya sangat 'aktif' dalam sebuah dunia yang jauh daripada 'sinaran' Islam. Nama beliau Iskandar. Sememangnya sejak kecil lagi beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mewah & tidak mengamalkan gaya hidup Islam. Setiap hari samada pagi/malam, pasti ibu bapanya membawa keluarga keluar makan di McD, Kenny, Starbuck, KFC, BK dan lain-lain.. Kadang-kadang tukar ke selera Jepun, kadang-kadang ke selera India di hotel-hotel bertaraf 5 bintang. Hidupnya serba mencukupi & tiada pencarian matlamat hidup yang perlu dibuat.

Namun, sehinggalah dia bertemu dengan seorang muslimah bertudung labuh(bulat, bukan segi). Perempuan ini ringkasnya berpakaian serba kelabu & textile-nya tebal. Tidak berniqab tapi cukup menjaga pandangan dengan berjalan sambil tunduk.

Pada suatu hari ketika Iskandar sedang berfoya-foya dengan gengnya di pasaraya, sambil berjalan tergelak-gelak, sekumpulan rakan-rakan Iskandar ni bertembung dengan muslimah tersebut yang jalan berseorangan. Tanpa sengaja, di jalan yang sesak & sempit itu, perempuan tersebut terpaksa mencelah di antara mereka sehingga la berlaga bahu dengan Iskandar. Maka terjatuhlah muslimah tersebut. Mereka yang ketika itu sedang gelak ketawa, tidak menghiraukan perempuan itu. Namun Iskandar sempit menjeling keadaan muslimat itu sambil melihat tangan & mukanya yang putih berseri. Dalam hatinya berkata: "cun...tapi...whats the right word?..indah..yup..indah..thats much better.."

Lalu muslimah tersebut bangkit sambil menengkuh pakaiannya yang terkena kotoran lantai & kumpulan rakan-rakan Iskandar pun berlalu pergi.

Aturan Allah itu unik & halus. Tanpa dijangka, Iskandar & muslimah tersebut bertemu lagi di pasaraya yang sama setelah 7 bulan berlalu. Kali ini pertemuan mereka di mesin ATM. Yang berbeza, kali ini perempuan tersebut pula yang berkumpulan, sedangkan Iskandar berseorangan. Sedang Iskandar beratur di belakang kumpulan raka-rakan muslimah tersebut yang semuanya berjumlah 8 orang, tiba2 azan berkumandang.




Pelik? Dalam pasaraya ada azan!! Bukanlah begitu sebenarnya, tapi mesin ATM tu memang berada di luar pasaraya yang mana masjid negeri berada dekat dengan pasaraya tersebut.

Sambil menggoyangkan badannya yang sedang menggunakan headphone bluetooth yang bersambung terus dengan Iphone 4 nya, tiba muslimat tadi menegurnya. Ya, ketika itu sememangnya Iskandar tak cam akan muslimat tersebut. Lalu dia menyingkap headphone  yang menutupi telinganya untuk mendengar apa yang muslimat tersebut cuba sampaikan.

Lalu perempuan itu pun melafazkan: "em maaf ganggu,
 

©2009 Syahadah | by TNB