Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Friday, December 17, 2010

Bagaimana Menyentuh Hati Ep 02

Pengantar Penulis

Kata Syeikh, buku ini diterbitkan pada ketika Mesir kecoh dengan aksi ganas beberapa kelompok ekstrem. Oleh itu buku ini datang untuk melakukan p'jernihan pada keadaan waktu itu.

Al-Imran: 159


Thaha: 43-44

Fussilat: 34


Maka Syeikh mengatakan berdasarkan ayat-ayat di atas, mustahil pemilik hati yang penuh dengan cinta dalam masa yang sama orang yang kasar, ganas & pendengki.


Ibadah menurut sebahagian besar kaum muslim hanya tertakluk pada peribadi & lahiriah semata. Mereka lupa bahawa Islam merupakan agama misi & dakwah. Kerna itu kita lihat ada setengah individu yang hebat

Bagaimana Menyentuh Hati Ep 01


Pengenalan

Buku ini adalah salah satu buku bacaan ringan yang banyak menyentuh hal-hal remeh yang sepatutnya sudah selesai menjadi darah daging kita. Namun perkara-perkara kecil beginilah yang kita sering terlepas pandang.

Buku ini ditulis oleh Abbas As-Siisiy dalam bahasa Arab dengan tajuk: At-thariq Ilal Quluub dan berjaya diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Muhil Dhafir & Mahmud Mahfudz.

Dakwah ini ibarat landasan kereta api. Daie adalah pengawal yang menentukan hala-tuju kereta api. Andai

Friday, August 13, 2010

Modenas GT 128



PENGENALAN


Islam tidak pernah menghalang kemajuan. Bahkan Islam lah pencetus kemajuan yang kemudiannya dirampas oleh musuh-musuh Islam lantaran kelekaan dan kecintaan umat Islam terhadap perhiasaan dunia ini. Jadi kemajuan(duniawi) dan keagamaan(ukhrawi) mestilah seimbang dalam segenap kehidupan muslim.


Pada post kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang dunia permotoran yang menjadi keperluan penting(walaupun dalam kehidupan seorang muslim) untuk bergerak menuju ke destinasi yang jauh.


SPESIFIKASI


GT 128 merupakan motosikal tempatan keluaran syarikat MODENAS. Berikut adalah spesifikasi terperinci berkenaan motosikal ini:








DIMENSI
  • Panjang keseluruhan – 1950 mm
  • Lebar keseluruhan – 680 mm
  • Tinggi keseluruhan – 1060 mm
  • Jarak roda – 1245 mm
  • Ruang kelegaan bumi – 120 mm
  • Ketinggian tempat duduk – 750 mm
  • Berat kering – 102 kg
  • Kapasiti tangki minyak – 4.3 liter
  • Penggunaan bahan api – 64.4km/liter @ 80km/j


    ENJIN
    • Jenis – 4 lejang, SOHC satu silinder
    • Gerek x Lejang – 53.0 x 59.1 mm
    • Sesaran – 130 cc
    • Nisbah mampatan – 10 : 1
    • Kuasa Kuda Maksimum – 7.18 Kw @ 7500 rpm
    • Tork maksimum – 10.7 N.m / 5500 rpm
    • Karburator – Keihin NCV24
    • Sistem nyalaan – DC – CDI
    • Sistem penghidupan – Penghidup tendang dan lektrik
    • Sistem sejukan – Udara
    • Kapasiti minyak enjin – 1.1 liter

    CASIS
    • Jenis – Paip – tulang belakang
    • Saiz tayar hadapan – 70/90 – 17 38p
    • Saiz tayar belakang – 80/80 – 17 44p
    • Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
    • Suspensi belakang – Penyerap hentak dwitindakan
    • Brek hadapan – Cakera tunggal 234mm
    • Brek belakang – Cakera tunggal 192m


      TRANSMISI
      • Jenis – 4 kelajuan sistem gear berputar
      • Jenis klac – Automatik multi cakeri (basah)
      • Nisbah pengurangan premier – 3.000 (69/23)
      • Nisbah pengurangan akhir – 2.800 (42/15)
      • Sistem pacuan – Pemacu rantai

      SISTEM ELEKTRIKAL
      • Bateri – 12v 3.5 Ah (Sel kering)


        KEISTIMEWAAN


        Antara keistimewaan motosikal ini, MODENAS memperkenal kan Penunjuk LCD digital yang jarang digunakan oleh motosikal yang sekelas dengannya. Ia merangkumi odometer(jumlah keseluruhan perjalanan), tripmeter(jarak perjalan tertentu), jam digital, kedudukan gear, penunjuk petrol dan bateri, serta isyarat servis. Selain itu, ia juga menggunakan sistem check(ujian) keadaan enjin dan bateri seperti kereta. Disebabkan itu, penunggang perlu menunggu sebentar

        Saturday, May 08, 2010

        "...boikot??jangan ngarutlah..buang masa je..."


        Sepanjang kita 'melalui' kempen-kempen pemboikotan, sudah pastinya telah kita dengar pelbagai hujah, komentar, forum, serta khutbah.. Antaranya adalah yang berbunyi seperti di atas...

        Tak senang dengan kata-kata tu?Dengar dulu hujah mereka...
        Pemboikotan adalah kerja sia-sia kerana kita bukanlah buyer utama mereka(musuh Islam).. Kalau kita meneruskan pemulauan ini, kita tak beri kesan yang besar terhadap income mereka..

        Betul juga.. Tapi kita kan boikot ramai-ramai.. takde effect juga?
        Sebab tu la kita buat dalam bentuk kempen.. Supaya kita dapat kuasa dan tenaga yang lebih besar.. Jadi hujah tadi dengan mudah ditolak..

        Nanti dulu! Kami tak habis lagi la...
        Baik.. Kempen tu memang beri kesan.. Tapi bukan pada musuh Islam je.. Muslim yang bekerja dengan mereka juga akan turut menerima akibat! Mereka mungkin akan kehilangan pekerjaan & tiada sara hidup & ..mati!.. Hem??betul juga tu.. So, tak payah boikot la..

        Eh jap-jap.. kalau tak boikot, umat Islam tetap mati kan?
        Betul tu.. Sebab kalau kita berbalik pada  tujuan asal pemboikotan adalah untuk menghentikan gesakan musuh terhadap Islam.. Jadi kalau tak boikot, duit kita akan terus disalurkan untuk membeli peluru-peluru bagi membunuh saudara kita.. Dalam kata lain, kita MENGUPAH mereka untuk bunuh abang, kakak, ayah, ibu dan mungkin bakal pasangan kita!

        Jadi kesimpulannya,

        "...eEe..garangnya la ust tu.takutlah..."


        Sinonimnya bila sebut ustaz je mesti garang kan?? Rotan dan kata-katanya yang tajam dan syadid(keras dan tegas), membuatkan kita merasa takut untuk menghampiri golongan 'ulama'' ini...

        Mesti ke seseorang ustaz/ustazah tu garang?
        Tarbiyah bukan la sesuatu yang mudah lagi-lagi melibatkan pengubah-suaian sikap. Maka perlunya tegas/garang agar ada perasaan takut untuk melakukan kesalahan untuk kali kedua.

        Tapi bukan ke orang akan lagi takut untuk mendekati Islam?
        Betul juga tu. Antara punca pemuda(kanak-kanak dan remaja) sekarang ni tak suka untuk mendalami Islam adalah kerana penyampai dan cara penyampaiannya tidak menarik malah menakutkan.

        Habis tu?
        Jadi ustaz sekarang perlu la lebih bijak dalam 'bermain' emosi. Malah lebih baik sekiranya para ustaz dapat menguasai ilmu psikologi.

        Ha?Ustaz pun kena belajar psikologi?
        Bukan la belajar sampai kena ambil degree. Cukuplah tahu serba sedikit.Kerana Rasulullah juga merupakan pakar psikologi. Baginda memberi nasihat berdasarkan tahap penerimaan seseorang. Canggih Rasulullah kan?(bangga) :)

        Dalam keadaan umat yang kian hancur ni, nak suruh ustaz berlembut pula?
        Betul juga tu. Sudah la ibu bapa sekarang ni berlembut, cikgu pula terkongkong untuk marah/'tangan'kan murid-murid.Kalau ustaz berlembut juga..Habislah...

        Oleh itu, perlulah juga bagi masyarakat awam memahami peranan yang dimainkan oleh ustaz. Sebab saya melihat komentar-komentar yang keras dilontarkan pada pernyataan ustaz/tok guru samada bertulis mahupun lisan.

        Saya memang tak menafikan ada sebilangan ustaz suka menghukum. Tapi pernahkah kita bertanya secara peribadi kenapa dia melakukan sedemikian? Kerana kebiasaannya ustaz akan bagi kenyataan yang keras di khalayak umum sebagai tindakan membenteras/mencegah. Tapi kalau kita berbincang secara peribadi, sudah pasti dia akan nasihatkan kita dengan hikmah.

        Dan golongan ustaz juga perlu la lebih terbuka dalam menerima kehadiran mereka yang melakukan kesalahan syarak. Kerana kita juga berkemungkinan melakukan kesalahan tersebut. Jangan berlagak seperti kita ni ma'sum,kerana masyarakat akan mula menyampah dan menjauhi Islam.

        Kesimpulannya di sini,kedua-dua belah pihak
         

        ©2009 Syahadah | by TNB