PENGENALAN
Islam tidak pernah menghalang kemajuan. Bahkan Islam lah pencetus kemajuan yang kemudiannya dirampas oleh musuh-musuh Islam lantaran kelekaan dan kecintaan umat Islam terhadap perhiasaan dunia ini. Jadi kemajuan(duniawi) dan keagamaan(ukhrawi) mestilah seimbang dalam segenap kehidupan muslim.
Pada post kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang dunia permotoran yang menjadi keperluan penting(walaupun dalam kehidupan seorang muslim) untuk bergerak menuju ke destinasi yang jauh.
SPESIFIKASI
GT 128 merupakan motosikal tempatan keluaran syarikat MODENAS. Berikut adalah spesifikasi terperinci berkenaan motosikal ini:
DIMENSI
- Panjang keseluruhan – 1950 mm
- Lebar keseluruhan – 680 mm
- Tinggi keseluruhan – 1060 mm
- Jarak roda – 1245 mm
- Ruang kelegaan bumi – 120 mm
- Ketinggian tempat duduk – 750 mm
- Berat kering – 102 kg
- Kapasiti tangki minyak – 4.3 liter
- Penggunaan bahan api – 64.4km/liter @ 80km/j
- Jenis – 4 lejang, SOHC satu silinder
- Gerek x Lejang – 53.0 x 59.1 mm
- Sesaran – 130 cc
- Nisbah mampatan – 10 : 1
- Kuasa Kuda Maksimum – 7.18 Kw @ 7500 rpm
- Tork maksimum – 10.7 N.m / 5500 rpm
- Karburator – Keihin NCV24
- Sistem nyalaan – DC – CDI
- Sistem penghidupan – Penghidup tendang dan lektrik
- Sistem sejukan – Udara
- Kapasiti minyak enjin – 1.1 liter
CASIS
- Jenis – Paip – tulang belakang
- Saiz tayar hadapan – 70/90 – 17 38p
- Saiz tayar belakang – 80/80 – 17 44p
- Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
- Suspensi belakang – Penyerap hentak dwitindakan
- Brek hadapan – Cakera tunggal 234mm
- Brek belakang – Cakera tunggal 192m
- Jenis – 4 kelajuan sistem gear berputar
- Jenis klac – Automatik multi cakeri (basah)
- Nisbah pengurangan premier – 3.000 (69/23)
- Nisbah pengurangan akhir – 2.800 (42/15)
- Sistem pacuan – Pemacu rantai
SISTEM ELEKTRIKAL
- Bateri – 12v 3.5 Ah (Sel kering)
KEISTIMEWAAN
Antara keistimewaan motosikal ini, MODENAS memperkenal kan Penunjuk LCD digital yang jarang digunakan oleh motosikal yang sekelas dengannya. Ia merangkumi odometer(jumlah keseluruhan perjalanan), tripmeter(jarak perjalan tertentu), jam digital, kedudukan gear, penunjuk petrol dan bateri, serta isyarat servis. Selain itu, ia juga menggunakan sistem check(ujian) keadaan enjin dan bateri seperti kereta. Disebabkan itu, penunggang perlu menunggu sebentar
meternya naik dan turun sebelum menghidupkan enjin. Lebih daripada itu, ia juga menampilkan meter rpm yang menjadikan ia kelihatan lebih berkuasa dan laju.
PENJAGAAN
Had kelajuan maksima yang disyorkan dalam tempoh running-in(permulaan penunggangan bagi motosikal baru):
- 0-800km - 60km/j - 4000 r/min(rpm)
- 800-1600km - 80km/j - 5500 r/min(rpm)
Hidupkan enjin 2-4 minit(panas enjin) sebelum memulakan perjalanan. Pastikan choke(tuil pencekik) dibuka sepenuhnya ketika enjin dihidupkan dalam keadaan sejuk/cold start.
"...ya Allah, jadikanlah setiap perjalananku adalah jalan menuju keredhaanMU...dan hindarilah aku daripada menggunakan nikmat yang kau berikan untuk menuju jalan kemungkaran..."
2 comments:
nice motorcycle~~~
hehehe
~pinkish~
owh xpasan ada komen,,em baru lg,,thx ^_^
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.