Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Tuesday, May 31, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 06


...sambungan


Kini kedua-dua Aisyah berada di bawah pengawasan Iskandar selaku supervisor di syarikat tersebut. Namun keperluan syarikat memerlukan Iskandar untuk meletakkan mereka di jabatan yang berbeza...


"Iskandar.. kau ni bila agaknya nak kahwin? Kau lebih tahu tentang hukum daripada mak ni ha.. Harta dah ada, tapi hati tak terjaga.. Tak elok lama-lama nak.."

"Hem.. bukan taknak mak.. Memang betul semua dah cukup.. Tapi ni soal berada di antara 2 pilihan.. Pilihan hati & pilihan majoriti.. Bukan mudah mak.."

"Iskandar.. Mak tahu kamu tak pernah lekang fikirkan maslahah(kebaikan) umum.. Tapi untuk diri kau sendiri? Bukan ke kahwin tu untuk ketenangan hati?"

...

Iskandar terkedu mendengar kata-kata ibunya.. Iskandar setelah mendapat hidayah Islam, hidupnya sehari-harian diwakafkan untuk agama & umat tercinta ini.. Hatta dalam membuat keputusan permaisuri hati..

Dalam keadaan yang tersepit ini, Iskandar perlukan Aisyah yang telah ditarbiyyah untuk memudahkan aktiviti dakwahnya. Kerna seorang wanita yang tak punya pengalaman dalam medan dakwah, pastinya mudah merungut kelak.

Tapi dalam masa yang sama, tautan hatinya untuk Aisyah yang dia pendam perasaan sejak sekolah lagi juga sangat diperlukan. Soal hati & cinta, ia datang tanpa dirancang, tiba tanpa diduga. Siapalah yang mampu menafikan semua ni.

Maka tinggallah di benak hati Iskandar 1 persoalan yang kebanyakan manusia malahan ustaz pun tidak mampu menjawab dengan tepat.


adakah perkahwinan itu satu perasaan atau tanggungjawab?

...



"Okay. Dalam halaqah kali ini Abang Is nak ulas tentang penceraian mengikut sunnah. Memandangkan semua daripada kita ini dah bekerja & bila-bila masa je mampu berkahwin, jadi eloklah ada sedikit tajuk persediaan."

"Tapi kenapa mula dengan tajuk cerai Abang Is?"

"Sebab kahwin ni bukan perkara mudah. Ia adalah 1 tanggungjawab yang besar. Ramai orang excited bila sebut pasal kahwin. Tapi kahwin tak semudah yang disangka. Jadi abang nak mula dengan perkara yang paling pahit iaitu cerai."

"Baiklah. Ada setengah orang kata cerai tu haram sebab Allah murka & marah dengan penceraian. Tapi tanggapan tu salah kerana cerai adalah satu-satunya perkara yang Allah tak suka tapi dibolehkan dalam syariat."

"Cumanya bila budaya sunnah diambil remeh dalam masyarakat, maka ramai orang hanya ambil kewajipan & apa yang dibolehkan tanpa melihat kepada penghuraian sunnah"

"Cantiknya hidup apabila disulami sunnah. Contohnya dalam penceraian. Rasulullah menganjurkan untuk penceraian dilakukan dalam tempoh seminggu dalam keadaan isteri yang suci daripada haid."

"Kenapa macam tu pula abang?Maknanya kalau isteri haid, kena tunggu suci dulu?"

"Ya. Sebab boleh jadi masa tu keadaan tegang. Tapi moga-moga dalam seminggu tu, apabila suami isteri dah reda, mereka boleh beradu bersama-sama dan melupakan segala permasalahan."

"Oh, tak pernah tahu pun pasal ni bang. Tapi cara abang cakap, seolah-olah perkahwinan tu perlulah atas dasar tanggungjawan. Hm?"

"Hehe.. Kalau ia atas dasar tanggungjawab, kenapa sunnah menitik-beratkan soal perasaan?"

Iskandar mungkin menjawab dengan penuh keyakinan di depan anak usrahnya. Tapi yang terkandung dalam hati, siapa yang tahu betapa bercelarunya.

Bersambung...

-Karya Asli: Abu Ridha Asy-Syahadah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB