Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Thursday, February 24, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 05





...sambungan




Seminggu berlalu, bertepatan dengan tempoh masa yang Iskandar minta, akhirnya dia tampil dengan 1 jawapan..

"Em..ana dah fikir masak-masak.. Cuma ana harap, semua dapat hormati keputusan ana ni.."

"Insya-Allah akhi, tiada perkahwinan paksa dalam Islam. Abang sedia dengar jawapan anta."

"Hem..ana fikir, eloklah kita lihat dahulu keadaan di sana bagaimana. Andai kata memang mendesak, setelah setahun, kami akan pulang & pada ketika tu, ana sedia terima Aisyah sebagai isteri. Tapi ni hukum bersyarat, harap abang faham."

"Em.. Ok.. Abang faham maksud anta.. Abang setuju & abang hormat.."


...


5 tahun berlalu.. Dan kini Iskandar pulang dengan segulung ijazah.. Tiba sahaja di Malaysia, Iskandar mendapat pelawaan daripada pelbagai syarikat lantaran daripada keputusan pelajarannya yang cemerlang..

Setelah setahun bekerja, akhirnya Iskandar dilantik sebagai salah seorang panel temuduga untuk penapisan pekerja baru. Tiba-tiba, dalam suatu sesi temuduga, dia bertemu dengan Aisyah yang ketika itu hadir sebagai calon pekerja baru.

"Assalamua'alaikum..."

"Wa'alaikum...assalam...Aisyah?

"Abang?!"

"Ya Salaam.. Tak sangka kita jumpa di sini.. Duduk-duduk!.. Besar panjang dah kamu.. Apa khabar?"

"Baik bang.. Tak sangka abang kerja di sini.. Balik tak bagitahu kita pun kan.. Sampai hati."

"Hehe.. Dah-dah.. Sini bukan tempat nak ambil hati ok.. So, nak duduk posisi mana ni?"

"Eh, abang tak temuduga saya dulu ke?"

"Alah kamu ni, tak perlu la skema sangat.. Abang kenal kamu dari dulu, dan sampai sekarang, sijil-sijil kamu masih menunjukkan rekod yang baik.. So kira burn la ni.. Hehe.."

"Wah, kalau macam tu saya nak duduk posisi yang dekat-dekat dengan abang la dulu. Nanti dah biasa, saya apply jabatan lain"

"Amboi-amboi, laju je dia.. Dah la buat orang tempat persinggahan je. Ok lah. Settle! Tapi tolong panggil next person"

Selesai giliran Aisyah,
masuk pula pemohon seterusnya..

"Aisyah?!"

"Iskandar.. Maaf ana dah jangka.. Harap ana tak ganggu anta"

"Ehem!.. Ya-ya.. Silakan duduk.. Anti masih belum bekerja ke?"

"Belum.. Ana ambil masa untuk bercuti sambil cuba untuk selesaikan beberapa masalah peribadi."

"Oh.. ok.. Em jadi anti nak bekerja di posisi mana?"

"Kalau boleh ana nak biasakan diri dulu. Jadi kalau boleh nak minta posisi yang mudah berhubung dengan anta. Sebab ana memang takde kenalan langsung di syarikat ni"

"Ehem!.. Boleh-boleh.. Ana cuba uruskan untuk anti.. Kirim salam Abang Rozmey ya.. Assalamua'alaikum.."

"Insya-Allah.. Syukran.. Assalamua'alaikum.."

"Wa'alaikumussalam.."




Ya.. Sememangnya 1 hari yang sangat mengejutkan bagi Iskandar. Dua orang Aisyah muncul serentak. Masing-masing ada sejarahnya yang tersendiri. Namun bagaimanakah Iskandar menghadapi kedua-duanya?

Nantikan episod seterusnya bagi mengetahui keputusan Iskandar dalam memilih calon isterinya. Adakah seorang wanita yang telah ditarbiyyah & terjamin akhlak & Islamnya, atau seorang lagi wanita yang kurang Islamik, tapi pernah berangan mencari seorang suami yang soleh..??


Karya Asli: Abu Ridha Asy-Syahadah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB