Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Monday, February 14, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 04



...sambungan


"Eee.. apa abang Is ni! Geli la Aisyah.. Abang tu kena sedar yang abang tu 1 habuk pun tak tahu pasal Islam. Nak cara masalah gejala wanita, lagi lah! Dah la.. Takde pe nak ajar dah kan.. Aisyah balik dulu!"


"Eyleh.. Abang pun tak hengen lah! Abang gurau je.. Prinsip tetap prinsip!.. Hurm.. Yup.. Takde apa dah.. Balik lah.."




...

2 tahun berlalu & Iskandar telah pun tamat sekolah & menyambung pengajian persediaan ke luar negara. Dalam masa yang sama, Iskandar terus mengikut halaqah ilmu yang juga merupakan medium tarbiyyah beliau dalam membaiki akhlak serta menambah pengetahuan beliau tentang Islam.

Melihat perkembangan ahli halaqah yang sudah pun mampu berkahwin, maka ketua halaqah atau juga dipanggil murabbi yang membawa maksud pentarbiyyah, membawa 1 tajuk berkenaan perkahwinan dalam Islam. Maka berbungalah setiap hati ahli halaqah. Mana ada lelaki yang tak teringin untuk kahwin kan? Tambahan pula mereka ni semua dari sudut pergaulannya sangat sangat terjaga. Tiada langsung aktiviti bersama muslimat.

Selesai halaqah, kawan Is pun terus bercanda dengan Is..

"Aih, bila dah keluar tajuk kahwin ni, rasa macam ada yang nak buat kenduri dah.. Anta tahu kan yang jemaah kita ni ada keanggotaan muslimat? Ramai senior kita yang dah dikahwinkan dengan mereka.. Dengar cerita yang batch kita ni ramai yang cantik-cantik.. Hehe.."

"Akhi, apa tujuan anta cerita semua ni pada ana?"

"Yelah, antakan nak fly dah.. Dalam masa yang sama, ada seorang je muslimat yang akan fly ke tempat yang sama macam anta.. Duk jauh ni, susah nak jaga iman akhi.. Hehe.."

"Cukup! Anta jangan buat perkara ni main-main. Anta ingin ana masuk dalam jemaah ni nak cari jodoh ke?! Ana masuk kerna iman & tiada lain daripada tu! Kalaupun memang benar ada muslimat yang akan ke sana bersama ana, ana yakin gerakan muslimat di sana dah cukup kuat untuk jaga keselamatan satu sama lain di sana! Ismahuu li!(izinkan saya lalu)"

Entah apa lah yang buat Iskandar berang begitu sekali. Sedangkan apa yang diperkatakan kawannya itu ada benarnya.

Seminggu kemudian murabbinya ajak bertemu di sebuah warung. Katanya ada perkara penting untuk di bincangkan.


"Hayakallah(kata sambutan dalam bahasa Arab Haramain).. Jemput duduk akhi.. Anta sihat?"

"Syukran.. Sihat bang.. Apa perkara yang penting sangat abang nak bincangkan tu?"

"Hehe.. Anta ni.. Gelojoh sangat lah.. Order lah dulu.. Panjang ceritanya ni.."

"Hehe.. Abang ni.. Bukan pe, nak confirm kan je yang kali ni abang yang belanja.. Tu yang nak dengar tuh"

"Alahai.. budak sponsor pun nak suruh orang belanja.. Yelah-yalah.. Em.. Cemana dengan tiket & urusan perjalanan semua.. Dah settle?"

"Alhamdulillah bang.. semua ok.. Doa-doalah takde halangan & mehnah.."

"Insya-Allah.. Em macam ni.. Abang terus terang jelah.. Sebenarnya ada muslimat ingin melamar anta"

Tersedak Iskandar yang ketika itu sedang membuat sedutan pertama..

"Uhuk!.. Erhgm!!.. Errr.."

"Eh anta ok tak ni"

"Erhgm!!.. Abang jangan lah main-main.. Ana tak suka betul orang gurau bab ni!"

"Laa.. Betul lah.. Abang ada bawa gambar & maklumat peribadinya.. Abang rasa anta kenal orangnya.. Ni ha.."

".... Ha? Ini bukan ke muslimat yang aku langgar dulu? Yang pernah bagi laluan pada aku di mesin ATM 2 tahun dulu?"

Berkata Iskandar dalam hati..

"Namanya Aisyah.. Dia satu-satunya muslimat dalam jemaah kita yang akan ke German sama dengan anta.. Ibu & ayahnya meletakkan harapan yang besar untuk seorang ikhwah menjaga kebajikannya di sana kelak. Dan ana sendiri ya akhi karim, merupakan abang kandungnya"





"Ya Allah.. Dugaan apa yang kau timpakan kepada ku ini.. Kejutan ini semua.. Aku belum bersedia!"

...

"Is.. Is! anta ok tak ni?"

Terpana Iskandar seketika.. Dikejutkan dengan sentapan murabbinya..

"Ya abang.. Ana ok.. Tapi kenapa semua ni seperti dirancang abang? Adakah memang ana ni mangsa yang telah dipermainkan sekian lama?!!"


"Masya-Allah akhi.. Wallahi.. Abang tak merancang ini semua!.. Sungguh Dia la sebaik-baik perancang.. Bukan abang sengaja.. Sungguh!!"



Bersambung...

Karya Asli: Abu Ridha Asy-Syahadah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB