Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Thursday, February 03, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 03




"Oi Is! terbaiklah ko punya presentation tadi..animated tu!"

"Haha.. Thats my new invention! Pas ni aku ajar korang.."

...

"Em.. Abang Is.. Boleh tak ajar Aisyah sekali??"

"Eh.. Terkejut saya.. em.. Nanti free saya ajar kamu k.. Mungkin lepas sekolah"

...


Yup, Iskandar bukanlah seorang lelaki yang suka melayan perempuan. Dia juga bukanlah jejaka hot di sekolahnya. Tapi dia seorang yang mahir dalam teknologi maklumat. Dia tak glamour, tapi dia adalah aset penting sekolah yang menjadi tempat rujukan ramai.

Menjadi seorang senior memberikan Iskandar 1001 pengalaman. Namun pengalaman yang paling dia benci adalah apabila berlaku korupsi dalam badan kepimpinan pelajar apabila ramai lelaki-lelaki glamour menggunakan jawatan masing-masing untuk diminati ramai perempuan!

Lantaran itu Iskandar, melalui pengaruhnya cuba untuk mewujudkan 1 geng yang sangat cintakan ilmu & teknologi dalam masa yang sama kurang cakna mengenai perempuan. Maka terhasil lah kumpulan Iskandar yang dahulunya pernah bertembung dengan muslimat bertudung labuh. Mereka ini sangat kaya & mempunyai gadjet yang up-to-date.

Namun menjadi seorang yang expert pastinya menjanjikan peminat yang ramai. Untuk itu Iskandar selalu buat kelas tambahan bagi mengelakkan pembelajaran secara personal, lagi-lagi apabila membabitkan perempuan.




Adapun begitu, setiap skill yang dia ajarkan, pasti ada seorang budak perempuan yang bernama Aisyah yang akan menunjukkan hasil kreativitinya pada Iskandar melalui e-mel.

Sampailah 1 ketika berlaku perbualan antara mereka:

"Kenapa abang
menubuhkan 1 geng yang seakan anti-perempuan ea?"

"Sebab kami orang hanya minat teknologi! Kepuasan kami pada teknologi, bukan perempuan"

"In a way bagus lah.. Tapi tak macam BADAR.. Mereka sangat terbuka & banyak membimbing wanita menjadi lebih baik.. Aisyah lebih suka peranan lelaki yang sebegitu.. Bimbing wanita jadi lebih baik, bukan bijak tapi tak berakhlak.."

"Aih.. Teringin suami dari golongan tu la ni?"

"Mestilah! hehe.."

"Em.. Kalau abang nak jadi suami idaman sayang boleh..?"



Bersambung...

Karya Asli: Abu Redha Asy-Syahadah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB