Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Thursday, January 27, 2011

..abang nak jadi suami idaman sayang.. Ep 01



Kisah ini berkisar tentang seorang jejaka yang dahulunya sangat 'aktif' dalam sebuah dunia yang jauh daripada 'sinaran' Islam. Nama beliau Iskandar. Sememangnya sejak kecil lagi beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mewah & tidak mengamalkan gaya hidup Islam. Setiap hari samada pagi/malam, pasti ibu bapanya membawa keluarga keluar makan di McD, Kenny, Starbuck, KFC, BK dan lain-lain.. Kadang-kadang tukar ke selera Jepun, kadang-kadang ke selera India di hotel-hotel bertaraf 5 bintang. Hidupnya serba mencukupi & tiada pencarian matlamat hidup yang perlu dibuat.

Namun, sehinggalah dia bertemu dengan seorang muslimah bertudung labuh(bulat, bukan segi). Perempuan ini ringkasnya berpakaian serba kelabu & textile-nya tebal. Tidak berniqab tapi cukup menjaga pandangan dengan berjalan sambil tunduk.

Pada suatu hari ketika Iskandar sedang berfoya-foya dengan gengnya di pasaraya, sambil berjalan tergelak-gelak, sekumpulan rakan-rakan Iskandar ni bertembung dengan muslimah tersebut yang jalan berseorangan. Tanpa sengaja, di jalan yang sesak & sempit itu, perempuan tersebut terpaksa mencelah di antara mereka sehingga la berlaga bahu dengan Iskandar. Maka terjatuhlah muslimah tersebut. Mereka yang ketika itu sedang gelak ketawa, tidak menghiraukan perempuan itu. Namun Iskandar sempit menjeling keadaan muslimat itu sambil melihat tangan & mukanya yang putih berseri. Dalam hatinya berkata: "cun...tapi...whats the right word?..indah..yup..indah..thats much better.."

Lalu muslimah tersebut bangkit sambil menengkuh pakaiannya yang terkena kotoran lantai & kumpulan rakan-rakan Iskandar pun berlalu pergi.

Aturan Allah itu unik & halus. Tanpa dijangka, Iskandar & muslimah tersebut bertemu lagi di pasaraya yang sama setelah 7 bulan berlalu. Kali ini pertemuan mereka di mesin ATM. Yang berbeza, kali ini perempuan tersebut pula yang berkumpulan, sedangkan Iskandar berseorangan. Sedang Iskandar beratur di belakang kumpulan raka-rakan muslimah tersebut yang semuanya berjumlah 8 orang, tiba2 azan berkumandang.




Pelik? Dalam pasaraya ada azan!! Bukanlah begitu sebenarnya, tapi mesin ATM tu memang berada di luar pasaraya yang mana masjid negeri berada dekat dengan pasaraya tersebut.

Sambil menggoyangkan badannya yang sedang menggunakan headphone bluetooth yang bersambung terus dengan Iphone 4 nya, tiba muslimat tadi menegurnya. Ya, ketika itu sememangnya Iskandar tak cam akan muslimat tersebut. Lalu dia menyingkap headphone  yang menutupi telinganya untuk mendengar apa yang muslimat tersebut cuba sampaikan.

Lalu perempuan itu pun melafazkan: "em maaf ganggu,
tapi rasanya encik lebih memerlukan ATM. Lagipun azan dah berkumandang".. Dengan tidak berfikir panjang, Iskandar pun tersenyum & pantas menggunakan peluang yang ada. Tanpa berlengah, dia memotong 8 orang rakan muslimat tadi dengan girangnya.

Selesai dia berurusan di ATM tersebut, dia pun berlalu sambil mendengar lagu-lagu Iphone 4 nya. Sambil berjalan, dia terfikir kenapa perempuan tadi mengatakan dia lebih memerlukan ATM tadi? Kenapa diberi 'potong' sedangkan barisan tersebut sangat panjang..?

"..encik!..encik!....ni slip baki encik tertinggal..maaf, tapi jalan ke masjid di sebelah sana(sambil menunjuk arah yang bertentangan dengan jalan yang diambil oleh Iskandar)"..terkedu Iskandar, dan tanpa berfikir panjang juga dia menurut perintah perempuan itu dek kerana fikirannya yang blurr setelah dikejutkan dengan panggilan perempuan tadi yang ketika yang sama sedang cuba menjawab persoalan di benak hati. Siapa tak blurr. Sedap-sedap fikir tiba-tiba orang ganggu. Pening lalat dibuatnya.

Dengan pantas Iskandar melalui jalan ke masjid, kerna reaksi perempuan tadi seolah mendesak dia untuk cepat.

Sampailah di pintu masuk masjid yang sangat besar & tertulis tulisan-tulisan yang asing bagi Iskandar.. Dia terpana & terpacak di depan pintu tersebut, lalu berkata dalam hati: "kenapa aku di sini?..kenapa aku turutkan kata-kata perempuan tadi?"

Bersambung...

Karya Asli: Abu Ridha Asy-Syahadah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB