Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Friday, December 17, 2010

Bagaimana Menyentuh Hati Ep 01


Pengenalan

Buku ini adalah salah satu buku bacaan ringan yang banyak menyentuh hal-hal remeh yang sepatutnya sudah selesai menjadi darah daging kita. Namun perkara-perkara kecil beginilah yang kita sering terlepas pandang.

Buku ini ditulis oleh Abbas As-Siisiy dalam bahasa Arab dengan tajuk: At-thariq Ilal Quluub dan berjaya diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Muhil Dhafir & Mahmud Mahfudz.

Dakwah ini ibarat landasan kereta api. Daie adalah pengawal yang menentukan hala-tuju kereta api. Andai
dia bijak mengawal semua p'gerakan kereta api, pasti semua kereta api selamat sampai ke destinasi. Begitu jugalah dengan dakwah. Kita tak bisa mengubah haluan seseorang dengan tiba-tiba. Tapi perlukan masa & isyarat yang jelas supaya dia terbiasa & bersedia.

Syeikh Abbas As-Siisiy merupakan seorang daie yang sangat b'pengalaman. Beliau menerangkan pelbagai situasi dakwah dengan uslub(bentuk) yang sangat menarik. Mulai daripada kisah sahabat bersama Rasulullah hinggalah kisah pengalamannya dalam medan dakwah.

Menurut Dr. Al-Habr Yusuf Nur Ad-Daim, beliau(Syeikh Abbas) merupakan generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang sangat mudah untuk didekati malah jika beliau sedang bersama anak muda, sukar untuk dipercaya yang beliau sedang b'gaul mesra dengan golongan yang punya umur yang jauh b'beza daripada beliau.



"...ya Allah, sungguh jalan syahadah ini tidak akan sampai kepadaku tanpa pengorbanan dan tunjuk ajar daripada golongan terdahulu..maka Kau limpahkanlah rahmat & kasih sayangMu kepada mereka..."

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB