Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Saturday, May 08, 2010

"...eEe..garangnya la ust tu.takutlah..."


Sinonimnya bila sebut ustaz je mesti garang kan?? Rotan dan kata-katanya yang tajam dan syadid(keras dan tegas), membuatkan kita merasa takut untuk menghampiri golongan 'ulama'' ini...

Mesti ke seseorang ustaz/ustazah tu garang?
Tarbiyah bukan la sesuatu yang mudah lagi-lagi melibatkan pengubah-suaian sikap. Maka perlunya tegas/garang agar ada perasaan takut untuk melakukan kesalahan untuk kali kedua.

Tapi bukan ke orang akan lagi takut untuk mendekati Islam?
Betul juga tu. Antara punca pemuda(kanak-kanak dan remaja) sekarang ni tak suka untuk mendalami Islam adalah kerana penyampai dan cara penyampaiannya tidak menarik malah menakutkan.

Habis tu?
Jadi ustaz sekarang perlu la lebih bijak dalam 'bermain' emosi. Malah lebih baik sekiranya para ustaz dapat menguasai ilmu psikologi.

Ha?Ustaz pun kena belajar psikologi?
Bukan la belajar sampai kena ambil degree. Cukuplah tahu serba sedikit.Kerana Rasulullah juga merupakan pakar psikologi. Baginda memberi nasihat berdasarkan tahap penerimaan seseorang. Canggih Rasulullah kan?(bangga) :)

Dalam keadaan umat yang kian hancur ni, nak suruh ustaz berlembut pula?
Betul juga tu. Sudah la ibu bapa sekarang ni berlembut, cikgu pula terkongkong untuk marah/'tangan'kan murid-murid.Kalau ustaz berlembut juga..Habislah...

Oleh itu, perlulah juga bagi masyarakat awam memahami peranan yang dimainkan oleh ustaz. Sebab saya melihat komentar-komentar yang keras dilontarkan pada pernyataan ustaz/tok guru samada bertulis mahupun lisan.

Saya memang tak menafikan ada sebilangan ustaz suka menghukum. Tapi pernahkah kita bertanya secara peribadi kenapa dia melakukan sedemikian? Kerana kebiasaannya ustaz akan bagi kenyataan yang keras di khalayak umum sebagai tindakan membenteras/mencegah. Tapi kalau kita berbincang secara peribadi, sudah pasti dia akan nasihatkan kita dengan hikmah.

Dan golongan ustaz juga perlu la lebih terbuka dalam menerima kehadiran mereka yang melakukan kesalahan syarak. Kerana kita juga berkemungkinan melakukan kesalahan tersebut. Jangan berlagak seperti kita ni ma'sum,kerana masyarakat akan mula menyampah dan menjauhi Islam.

Kesimpulannya di sini,kedua-dua belah pihak
perlu ada give and take(saling memahami dan bertoleransi).

Bagi golongan ustaz, ingatlah bahawa kita bukan penghukum,tapi penyampai hukum serta pelaksana hukum.Dan turunlah 'padang' mendekati mereka yang tak mengamalkan Islam sepertimana Imam Hasan Al-Banna masuk ke club disaat syeikh-syeikh lain hanya berfatwa di bilik pejabat...

Bagi golongan yang tak mengikut syariat, rapat-rapatlah dengan ustaz. Tahanlah segala cemuhan.Kerana kita adalah pihak yang meminta. Ustaz takkan rugi apa-apa, malah syurga lebih dekat dengan dia. Tapi kita??Maka akurlah dengan syarat mereka(golongan ustaz/ulama')...

Jika kita(samada ustaz/masyarakat) tak dapat mengalah/menundukkan ego kita.. Maka ingatlah bahawa orang yang memahami lebih matang, dan orang yang matang, dia lah yang selayaknya menang.. Berlumba la untuk memahami keadaan orang lain kerana 'kita dapat apa yang kita beri'...

"...ya Allah, jadikanlah diriku mudah memahami dan mudah memberi kefahaman pada orang lain...agar aku dan mereka saling memahami..."

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB