Welcome!

...اهلا و سهلا و مرحبا بكم...

Saturday, May 08, 2010

"...boikot??jangan ngarutlah..buang masa je..."


Sepanjang kita 'melalui' kempen-kempen pemboikotan, sudah pastinya telah kita dengar pelbagai hujah, komentar, forum, serta khutbah.. Antaranya adalah yang berbunyi seperti di atas...

Tak senang dengan kata-kata tu?Dengar dulu hujah mereka...
Pemboikotan adalah kerja sia-sia kerana kita bukanlah buyer utama mereka(musuh Islam).. Kalau kita meneruskan pemulauan ini, kita tak beri kesan yang besar terhadap income mereka..

Betul juga.. Tapi kita kan boikot ramai-ramai.. takde effect juga?
Sebab tu la kita buat dalam bentuk kempen.. Supaya kita dapat kuasa dan tenaga yang lebih besar.. Jadi hujah tadi dengan mudah ditolak..

Nanti dulu! Kami tak habis lagi la...
Baik.. Kempen tu memang beri kesan.. Tapi bukan pada musuh Islam je.. Muslim yang bekerja dengan mereka juga akan turut menerima akibat! Mereka mungkin akan kehilangan pekerjaan & tiada sara hidup & ..mati!.. Hem??betul juga tu.. So, tak payah boikot la..

Eh jap-jap.. kalau tak boikot, umat Islam tetap mati kan?
Betul tu.. Sebab kalau kita berbalik pada  tujuan asal pemboikotan adalah untuk menghentikan gesakan musuh terhadap Islam.. Jadi kalau tak boikot, duit kita akan terus disalurkan untuk membeli peluru-peluru bagi membunuh saudara kita.. Dalam kata lain, kita MENGUPAH mereka untuk bunuh abang, kakak, ayah, ibu dan mungkin bakal pasangan kita!

Jadi kesimpulannya,
teruskan boikot.. Muktamad!!!

Nanti!!! Semua barang Nestle.. Kita da takde pilihan.
Sememangnya kita sedia maklum mereka mempunyai rangkaian product yang luas.. Nestle(sekadar salah 1 contoh) mempunyai rangkaian daripada jenis minuman sehinggalah makanan.. Begitu juga dengan Nokia yang sangat berpengaruh di negara kita.. Tapi kita masih mempunyai pilihan lain seperti handphone Quran & Radix Cola dan lain-lain...

Malah kita diHARUSkan untuk membeli produk non-muslim(halal) yang tidak menyumbang kepada kemusnahan Islam..



Jadi oleh itu marilah kita memboikot dan menjadikan produk muslim sebagai 1 perkara aula(keutamaan) kita...

"...ya Allah, sungguh kami sangat menyayangi saudara-saudara kami... maka Kau bersihkanlah amal dan lisan kami daripada menyakiti mereka..." 

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

©2009 Syahadah | by TNB